Kebudayaan Argentina

Budaya Argentina adalah dipengaruhi oleh budaya Eropah tetapi ia mempunyai identitinya yang tersendiri. Antaranya ialah budaya kaum gaucho. Gaucho merupakan simbol kejantanan di Argentina dan pekerjaan mereka yang utama ialah menternak lembu. Antara sifat-sifat gaucho ialah kebebasan peribadi personal independence. Justeru itu, mengambil arahan daripada seseorang adalah suatu yang memalukan dan dianggap sebagai tanda kelemahan. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyatnya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi supaya mereka boleh memberi arahan kepada orang lain dan bukan sebaliknya. Di samping itu, mereka suka memberi gauchadas, sikap murni ala-gaucho, seperti melakukan lebih daripada perlu untuk membantu seseorang. Rakyat di sini akan berasa tersangat bangga sekiranya diberi peluang untuk menawarkan gauchada. Mereka juga mempunyai sifat-sifat terbuka dan "direct", walaupun begitu mereka boleh menjadi diplomatik. Kesopanan adalah satu sifat murni yang dihargai oleh rakyat Argentina.

Seorang Gaucho bersama kudanya

Orang di sini adalah baik hati dan sukar menyembunyikan perasaan dan sentimen mereka. Mereka mungkin menyentuh seseorang sewaktu bercakap dan gemar bercakap pada jarak yang dekat (little physical distance), suatu yang berbeza daripada budaya yang lain. Selain itu mereka suka memuji dan adalah suatu kesilapan untuk menganggap puji-pujian yang berlebihan itu sebagai "omong kosong". Selain itu, mereka mempunyai pendapat yang kuat mengenai beberapa isu seperti sukan (bolasepak), polisi ekonomi serta politik. Dalam membincangkan subjek tersebut, rakyat di sini terutamanya kaum lelaki sanggup berdebat dengan penuh bersemangat dengan gerak-geri yang penuh beremosi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search